Senang sangat siapa pun boleh buat..
Bahan-bahannya:- (Loyang 8")
* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil essence vanilla
Cara memasak:-
1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api yang sederhana kecil. Masak gula sampai kekuningan. (gula jangan dikacau) Bila dah cair, lenggang-lenggang loyang tu biar gula tu rata.
2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata baru masukkan air dan essence vanilla.
3. Kemudian tuangkan adunan tadi atas gula yang dah beku dan bolehlah dikukus sampai masak. Bagi yang tak ada pengukus tu, boleh cuba kaedah Bain Marie, macam akak hehehe. Bakar @ kukus dalam 45 minit gitulah..
4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan bolehlah dijamu.. Lagi sedap bila disejukkan dalam peti.
Selamat Mencuba..:-)
Kaedah Bain Marie.
Sumber: google image.
Sunday, 20 October 2013
Nasi Minyak Hujan Panas
Bolehlah dihidangkan dengan acar timun, ayam masak merah, gulai daging atau masak kurma.. Ikut selera masing-masing.
Bahan-bahan: (5-6 orang)
* 4 cawan beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 Helai daun pandan
* pewarna merah/pink, hijau & kuning
Bahan tumis:-
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
Bahan untuk hiasan:
* Bawang goreng & kismis @ gajus
Cara-cara:
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris halia nipis2 dan mayang semua bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan ke dalam beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna di tempat berasingan. Bila dah masak gemburkan nasi tadi dan bolehlah dihias dengan gajus, kismis atau bawang goreng jika suka..
Bahan-bahan: (5-6 orang)
* 4 cawan beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 Helai daun pandan
* pewarna merah/pink, hijau & kuning
Bahan tumis:-
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
Bahan untuk hiasan:
* Bawang goreng & kismis @ gajus
Cara-cara:
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris halia nipis2 dan mayang semua bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan ke dalam beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna di tempat berasingan. Bila dah masak gemburkan nasi tadi dan bolehlah dihias dengan gajus, kismis atau bawang goreng jika suka..
Roti Jala Dan Serawa Durian
Mula-mula nak masak serabai makan dengan serawa durian ni, tiba2 malas nak keluar beli bahan2, so masaklah ikut apa yg ada dlm stok. Tu yang jadi roti jala & serawa durian tu.. hehehe
Bahan-Bahan:-
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan air
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning
Cara-cara:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam. Kemudian ditapis. Sediakan kuali leper & acuan roti jala.
3. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan lihat adunan (jika keluar menitis-nitis tambah lagi sedikit air. Adunan harus keluar mengalir tanpa putus-putus) dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian..hehehe
Serawa Durian:-
* 300g gula melaka
* 2 sb gula pasir
* 200ml Air
* 800 ml santan
* 1/2 sk garam
* 6-8 ulas isi durian (@ lebih ikut selera)
* 2 helai daun pandan
Cara-cara:-
1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka dan gula. Bila gula dah larut masukkan santan, isi durian, daun pandan dan garam. Masak hingga isi durian layu..
Bahan-Bahan:-
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan air
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning
Cara-cara:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam. Kemudian ditapis. Sediakan kuali leper & acuan roti jala.
3. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan lihat adunan (jika keluar menitis-nitis tambah lagi sedikit air. Adunan harus keluar mengalir tanpa putus-putus) dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian..hehehe
Serawa Durian:-
* 300g gula melaka
* 2 sb gula pasir
* 200ml Air
* 800 ml santan
* 1/2 sk garam
* 6-8 ulas isi durian (@ lebih ikut selera)
* 2 helai daun pandan
Cara-cara:-
1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka dan gula. Bila gula dah larut masukkan santan, isi durian, daun pandan dan garam. Masak hingga isi durian layu..
Bubur Cha Cha
Kita panggil bubur ni bubur cha cha. Tapi tak tahulah kalau ada gelaran panggilan yang lain untuk bubur ni. But this is just the way i like to serve it, with my own taste..:-)
Bahan-bahan:
1) Cha cha - sepeket
2) 500ml Santan
3) 1 buku gula Melaka
4) *1 biji keledek kuning
5) *1 biji keledek unggu
6) 6 sudu besar susu pekat
7) air secukupnya
8) 3 helai daun pandan disimpul
9) Sedikit garam
Cara-cara:
1) Bahan yg bertanda * adalah optional. Potong dadu bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam periuk kemudian di isi dengan air elok-elok tenggelam keledek tu, masuk daun pandan yg telah disimpul. Masak sehingga keledek hampir empuk.
2) Setelah hampir empuk masukkan cha-cha dan biar kembang sedikit kemudian bolehlah dimasukkan santan, gula melaka, susu pekat & garam. Kalau suka manis-manis boleh tambah gula.
Popiah Goreng
Bahan-bahan (15 biji)
1) kulit popiah
2) taugeh 3 genggam
3) karot sebatang- dihiris memanjang dan nipis
4) dada ayam sekeping- didadu
5) 2 biji telur ayam
6) 3 ulas bawang merah- dimayang halus
7) 2 ulas bawang putih- dimayang halus
8) 1 sudu kecil lada sulah
9) 1 sudu kecil garam
10) 1 sudu kecil serbuk pati ayam
11) sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1) Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang hingga naik baunya.
2) Masukkan isi ayam dan gaul hingga masak kemudian masukkan carot tunggu sedikit layu masukkan telur kacau sebati.
3) Bila telur sudah mengering masukkan taugeh,garam, lada sulah & serbuk pati ayam. Kacau hingga masak & toskan.
4) Sudukan 1 sudu besar ke atas kulit popiah dan kemudian bolehlah dibalut. Untuk gam kulit popiah guna air pun boleh..
Kek Gula Hangus
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sk baking soda
4 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair kemudian masukkan mentega. Biarkan sejuk dan ketepikan.
3. Pukul telur hingga betul2 kembang, masukkan susu pekat ke dalam telur dan kacau sebati.
4. Massukkan tepung & baking soda. Sebatikan.
5. Akhir sekali masukkan air gula yg telah sejuk tadi. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam dalam loyang yg telah di grease terlebih dahulu dan bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam..
Selamat mencuba..
Roti Jala Bersantan
Lama x update blog ni, rasa rindulah pulak heheheh.. Maklumlah cuti sekolah panjang sangat. Minggu depan sekolah dah nak buka, so sibuklah sikit nak uruskan persiapan anak yg baru nak melangkah ke tahun satu dengan abangnya ke tahun 2. Kakak yg sulung still dlm mood cuti sampai hujung minggu persekolahan bermula.. Ohh, sukanya dia yer!
Melalutlah pulak sebenarnya nak kongsi resipi roti jala ni. Kalau dulu ressipinya guna susu segar yg ni pula guna santan kelapa lagi wangi dan harum baunya, x sabar rasa nak makan heheheh.. Kalau rajin boleh cuba..
Bahan-Bahan:- (Untuk 4 orang makan)
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan air dibancuh dengan 1 paket santan serbuk segera @ susu segar
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning
Cara-cara:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian.
Melalutlah pulak sebenarnya nak kongsi resipi roti jala ni. Kalau dulu ressipinya guna susu segar yg ni pula guna santan kelapa lagi wangi dan harum baunya, x sabar rasa nak makan heheheh.. Kalau rajin boleh cuba..
Bahan-Bahan:- (Untuk 4 orang makan)
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan air dibancuh dengan 1 paket santan serbuk segera @ susu segar
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning
Cara-cara:-
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.
2. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian.
Agar - Agar Batik
Bahan - Bahan :
- (20g) Agar - agar kering - direndam semalaman
- 4 cawan air
- 2 cawan gula
- 1 cawan air pandan ( di ambil dari 6 helai daun pandan yg di blender dan ditapis)
- Sedikit pewarna hijau - optional
- 2 biji telur
- 2 cawan santan
- sedikit garam
Cara - cara:
- Masukkan agar-agar kering dan air ke dalam periuk dan dimasak sehingga agar- agar hancur.
- Masukkan gula dan kacaukan hingga gula tadi larut.
- Masukkan air pandan.
- Dalam bekas yang berasingan, satukan santan, telur dan garam dan dikacau rata.
- Kemudian tuangkan adunan santan dan telur tadi ke dalam periuk yang berisi agar2 sedikit demi sedikit dan kacar rata. Jangan biar berketul.
- Akhir sekali bolehlah di tuangkan ke dalam loyang dan biarkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti.
Kek Marble Oren
Kek marble gabungan perisa oren dan coklat..
Bahan- bahan:-
- 500g tepung gandum
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1 camca teh garam (ketiga-tiga bahan diayak bersama)
- 500g gula
- 500g mentega
- 10 biji telur ayam
- 2 camca teh jus oren / sunquick
- 2 camca teh esen vanilla
- 1 camca teh parutan kulit oren
- 1/2 cawan serbuk koko &
- 1/3 cawan susu segar (UHT) - dicampurkan sehingga sebati
Kaedah menyediakannya:-
- Mentega, esen vanilla dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur satu persatu dan dikacau sehingga rata.
- Kemudian masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Masukkan jus oren dan parutan kulit oren ke dalam adunan pertama.
- Masukkan koko dan campuran susu ke dalam adunan kedua.
- Lenserkan tin kek dengan marjerin cair dan alaskan dengan kertas minyak.
- Tuangkan adunan oren dan diselang- selikan dengan adunan coklat sehingga habis kedua adunan dan ratakan permukaan kek.
- Bakar kek ke dalam ketuhar bersuu 170' C selama 45 minit.
Pau
Sebelum dikukus |
Setelah diperap 45 minit |
Taraa.. Tinggal sebiji jer.. yg lain dah kena ngap, hehehe.. |
1 adunan (10 biji pau)
Bahan-bahan untuk doh:
- 240g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
- 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder
- 25g lemak sayuran (shortening)
- *100ml air suam
- *30g gula halus
- *1/2 camca teh cuka
- *1/2 camca teh garam
- *1 camca teh yis
Cara-cara:
- Masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder dan lemak sayuran sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Satukan semua yg bertanda * dan kacau sehingga larut & akhir sekali baru masukkan yis dan dibiarkan selama 5 minit sehingga yis aktif.
- Masukkan campuran yang bertanda * ke dalam adunan tepung dan adun sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik lebih kurang 15 minit jika menggunakan tangan dan 10 jika menggunakan mesin.
- Perap selama 45 minit.
- Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan angin dan bahagi kepada 10 bahagian dan bulat-bulatkan.
- Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan dan sudukan inti kesukaan anda dan cantum sehingga menutupi inti tadi. Bulat- bulatkan dan letak diatas daun pisang selebar (2x2 inci).
- Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Bahulu Pandan Mekar - Kukus
Bahulu kukus.. cara-cara membuatnya juga mudah.. :-)
Bahan-bahan (Lebih kurang 50 biji, acuan lompang)
- 250g tepung gandum - diayak
- 200g gula halus
- 2 sk ovalette
- 200ml air soda (ice cream soda / sprite)
- 2 biji telur
- 1/2 sk esen pandan
- 1/2 sk garam
- sedikit pewarna hijau
- papercup
Cara-cara:
- Panaskan kukusan. Isikan papercup ke dalam acuan lompang dan ketepikan.
- Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati & kembang lebih kurang 10minit menggunakan hand mixer.
- Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan dengan pewarna hijau.
- Masukkan adunan berwarna putih ke dalam acuan 3/4penuh dan kemudian letakkan adunan berwarna hijau diatasnya. Buat sehingga habis.
- Kukus lebih kurang 10-12 minit untuk acuan kecil & 15 untuk acuan besar..
- Masak hingga mekar & bolehlah di hidangkan..
Selamat mencuba..
Puding Kastard
Bahan-Bahan: ( Loyang 8")
125ml susu cair
2 cawan gula pasir - ( Kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan)
2 biji telur
2 sudu makan tepung kastard
Sedikit esen vanilla
Air - mengikut sukatan pada peket agar-agar
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
- Rendam dahulu agar-agar sehingga kembang @ semalaman. Kemudian larutkan agar-agar bersama air dan gula sehingga sebati.
- Setelah semuanya larut, ambil separuh dari adunan tersebut dan di masukkan ke dalam loyang dan di letakkan sedikit pewarna merah kacau sebati dan sejukkan.
- Separuh lagi adunan itu dicampurkan bersama susu cair, tepung kastard, telur & esen vanilla dan kacau rata.
- Tuangkan adunan ke atas agar-agar merah yg telah sejuk tadi. ( Jika bahagian atasnya mengeras lorekkan dengan garfu sebelum dituangkan dengan layer kastard)
- Sejukkan dan potong.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)